Senin, 07 April 2014

Inilah Cara Menyelamatkan Diri Dari Dajjal

0 komentar

Kata Dajjal berasal dari kata dajala, artinya, menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal. Menurut suatu pendapat, ia disebut Dajjal karena ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat lainnya mengatakan, karena ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar. Pendapat ketiga mengatakan, karena ia menutupi manusia dengan kekafiran. keempat, karena ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.

Pendapat lain mengatakan, bahwa Dajjal itu bangsa yang menyebarkan barang dagangannya ke seluruh dunia, artinya, menutupi dunia dengan barang dagangannya. Ada juga pendapat yang mengatakan, bahwa ia dijuluki Dajjal karena mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya, artinya, ia menutupi maksud yang sebenarnya dengan kata-kata palsu.

Kata Yajuj dan Ma juj berasal dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaful; kata ajij artinya nyala api. Tetapi kata ajja berarti pula asraa, maknanya berjalan cepat. Itulah makna yang tertera dalam kamus Lisanul-Arab. Yajuj wa-Majuj dapat pula diibaratkan sebagai api menyala dan air bergelombang, karena hebatnya gerakan.

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang berbunyi sbb: "Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal" (Misykat, hal. 472).

Kata-kata seperti itu, terdapat pula dalam kitab Hadits yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadits, Nabi SAW diriwayatkan bersabda sbb : "Wahai manusia ! Semenjak Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah dimuka bumi yang lebih besar dari pada fitnahnya Dajjal" (Kanzul-Ummal, jilid VII, halaman 2028).

Hadits-hadits tersebut membuktikan bahwa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah merejalelanya Imperialis Eropa sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. kenyataan menunjukkan bahwa sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain yang besarnya seperti itu.

Memang dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita saksikan sekarang ini berupa merajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropa di seluruh dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Eropa.

Demikian pula kita tak dapat menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperbudak bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahwa mereka memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang-orang dapat tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka mnyesatkan orang-orang melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.

Sering pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahwa tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa merajalelanya kaum imperialis Eropa, yang bukan saja membahayakan aspek kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.

CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI DAJAL

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُوْرَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ وَاْلاِسْتِعَاذَةُ بِاللهِ مِنْ فِتْنَتِهِ عَقِبَ التَّشَهُّدِ اْلأَخِيْرِ مِنْ كُلِّ صَلاَةٍ.

Barangsiapa yang hafal sepuluh ayat dari Permulaan Surat Al Kahfi, maka terpelihara dari (gangguan) dajjal. [219] Begitu juga minta perlindungan kepada Allah dari fitnah dajjal Setelah Tasyahud Ahir dari setiap shalat. [220]

---------------------------------
[219] HR. Muslim 1/555. Dan dalam riwayat lain, “ dari ahir surah Al kahfi”, Muslim 1/556.
[220] Lihat hadits no. 55 dan no. 56

source
Read more ►

Minggu, 02 Februari 2014

Beri Saya Satu Peluang Untuk Membuktikan Diri Saya

0 komentar

CABARAN anak muda dalam memulakan langkah pertama untuk menceburi bidang keusahawanan menjadi antara agenda utama Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous apabila menawarkan diri bertanding selaku calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2013.

Keinginan itu bagaimanapun boleh dianggap bertempat memandangkan beliau telah membuktikan kejayaannya dalam bidang keusahawanan.

Pada usia 31 tahun, Sheikh Nafiq merupakan Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat teknologi maklumat yang ‘dibinanya’ sendiri sejak zaman universiti lagi, selain bergelar pengarah di sebuah syarikat minyak dan gas.

Justeru boleh dikatakan, beliau sudah cukup masak untuk memimpin, membantu dan memahami belia yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan yang sememangnya mempunyai cabarannya tersendiri.

“Keusahawanan memerlukan jiwa, mental dan fizikal yang kental untuk mendepani cabaran di dalamnya. Ia tidak menjanjikan kejayaan menggunakan jalan pintas,” ujar Sheikh Nafiq.

Tambahnya, ia juga memerlukan kesabaran luar biasa selain kepintaran dan ilmu yang cukup untuk terus melangkah biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan zaman jatuh bangun.

Menurut Sheikh Nafiq, andai kata beliau berada dalam kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia, beliau berikrar untuk berkongsi dan membawa suara ‘nyata’ anak muda bersandarkan kepada pengalaman beliau sendiri dalam menghadapi langkah pertama dan seterusnya didalam bidang keusahawanan.

“Selain daripada bantuan dan peluang yang tersedia menerusi agensi kerajaan bersesuaian, saya bercadang untuk meminta Pergerakan Pemuda menyediakan ‘pentas’ dan ‘gudang ilmu’ berkaitan ilmu pengetahuan keusahawanan, pembinaan roh semangat jati diri dan pendedahan latihan kepada para belia sebelum mereka bersaing selaku usahawan,” ujarnya.

Sheikh Nafiq berkata, berbekalkan beberapa pengalaman yang beliau timba selama bergelar usahawan, beliau turut merancang untuk mengadakan dialog dan berkongsi ilmu-ilmu penting untuk mencipta kejayaan dalam bidang tersebut.

Katanya, terdapat banyak cabaran untuk berniaga terutama di bandar besar kerana kita semua mesti bersaing dan ‘bermain’ di padang sama dengan semua kaum dan pelbagai latar belakang.

“InsyaAllah sekiranya diberikan platform sesuai, saya berharap dapat membantu serba sedikit golongan belia yang memerlukan khidmat saya,” katanya yang merupakan Pemangku Bendahari Pemuda dan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Johor.

Selain bertanding bagi  Exco Pergerakan Pemuda UMNO dengan nombor calon 33, Sheikh Nafiq turut menjadi calon bagi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai.
Read more ►

Kamis, 30 Januari 2014

TOLONG BACA! LUANG 3 MINIT UNTUK DIRI SENDIRI

0 komentar
1000 ORANG SEMBAHYANG JUMAAT, HANYA 20 ORANG BETUL-BETUL SANGGUP MATI KERANA ALLAH

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi ……. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat Ente ”


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat .. 
Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger