Minggu, 16 Februari 2014

KEADILAN rancang hapus beri AP buka bidaan pada umum

0 komentar

(Oleh Mohd Martin Kahar)
PETALING JAYA 31 Julai: KEADILAN memperkenalkan formula untuk mengimbangi penurunan cukai jualan kenderaan dan eksais iaitu dengan menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat bermula 2013.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, sementara AP dimansuh sepenuhnya menjelang 2015, jualan AP pula akan dibuka kepada bidaan umum.
Menurutnya, bidaan akan bermula dengan harga tertentu mengikut kategori kenderaan dan penggunaan bahan api, bertujuan menggalakkan lebih banyak kenderaan jimat bahan api diperkenalkan.

“Harga permulaan bidaan ditetapkan pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kenderaan berkuasa tinggi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Rafizi berkata, jika jualan AP dibuka kepada proses bidaan, maka harga purata bagi setiap AP adalah RM40,000.

Beliau berkata, pendapatan tambahan daripada tinjauan AP yang dirombak akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun.

“Dengan anggaran 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, ini akan membawa tinjauan sehingga RM2.8 bilion setiap tahun kepada negara,” katanya.
Tambah Rafizi, harga kereta akan tetap murah walaupun AP ditentukan oleh proses bidaan dan penghapusan cukai eksais secara berperingkat.
Katanya, pengurangan cukai eksais kereta berjumlah RM8 bilion akan meningkatkan perbelanjaan rakyat sekaligus keuntungan itu akan dipulang kembali kepada kerajaan.
“Apabila perbelanjaan rakyat meningkat, ia akan merancakkan ekonomi negara melalui cukai-cukai yang lain,” jelas beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Read more ►

Minggu, 02 Februari 2014

Beri Saya Satu Peluang Untuk Membuktikan Diri Saya

0 komentar

CABARAN anak muda dalam memulakan langkah pertama untuk menceburi bidang keusahawanan menjadi antara agenda utama Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous apabila menawarkan diri bertanding selaku calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2013.

Keinginan itu bagaimanapun boleh dianggap bertempat memandangkan beliau telah membuktikan kejayaannya dalam bidang keusahawanan.

Pada usia 31 tahun, Sheikh Nafiq merupakan Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat teknologi maklumat yang ‘dibinanya’ sendiri sejak zaman universiti lagi, selain bergelar pengarah di sebuah syarikat minyak dan gas.

Justeru boleh dikatakan, beliau sudah cukup masak untuk memimpin, membantu dan memahami belia yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan yang sememangnya mempunyai cabarannya tersendiri.

“Keusahawanan memerlukan jiwa, mental dan fizikal yang kental untuk mendepani cabaran di dalamnya. Ia tidak menjanjikan kejayaan menggunakan jalan pintas,” ujar Sheikh Nafiq.

Tambahnya, ia juga memerlukan kesabaran luar biasa selain kepintaran dan ilmu yang cukup untuk terus melangkah biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan zaman jatuh bangun.

Menurut Sheikh Nafiq, andai kata beliau berada dalam kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia, beliau berikrar untuk berkongsi dan membawa suara ‘nyata’ anak muda bersandarkan kepada pengalaman beliau sendiri dalam menghadapi langkah pertama dan seterusnya didalam bidang keusahawanan.

“Selain daripada bantuan dan peluang yang tersedia menerusi agensi kerajaan bersesuaian, saya bercadang untuk meminta Pergerakan Pemuda menyediakan ‘pentas’ dan ‘gudang ilmu’ berkaitan ilmu pengetahuan keusahawanan, pembinaan roh semangat jati diri dan pendedahan latihan kepada para belia sebelum mereka bersaing selaku usahawan,” ujarnya.

Sheikh Nafiq berkata, berbekalkan beberapa pengalaman yang beliau timba selama bergelar usahawan, beliau turut merancang untuk mengadakan dialog dan berkongsi ilmu-ilmu penting untuk mencipta kejayaan dalam bidang tersebut.

Katanya, terdapat banyak cabaran untuk berniaga terutama di bandar besar kerana kita semua mesti bersaing dan ‘bermain’ di padang sama dengan semua kaum dan pelbagai latar belakang.

“InsyaAllah sekiranya diberikan platform sesuai, saya berharap dapat membantu serba sedikit golongan belia yang memerlukan khidmat saya,” katanya yang merupakan Pemangku Bendahari Pemuda dan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Johor.

Selain bertanding bagi  Exco Pergerakan Pemuda UMNO dengan nombor calon 33, Sheikh Nafiq turut menjadi calon bagi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai.
Read more ►

Minggu, 22 Desember 2013

Suami ‘Skandal’ Adi Putra Kembali Beri Kenyataan

0 komentar




ADUHAI, kami sangka isu ‘kenakalan’ Adi Putra dengan isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib, 30, sebelum ini sudah surut dek penangan kisah kahwin rahsia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Rupanya, ia panas sekali lagi berikutan khabar angin yang menyatakan pelakon itu menggunakan individu berpengaruh bagi menggugurkan kes tersebut.

Melalui sisipan Bipop dalam Berita Harian Ahad, suami kepada wanita itu, Amiruddin Osman, 56, tampil 
semula memberi kenyataan mengenai perkara itu kepada wartawan Zubir:

“Saya terdengar cerita Adi ada bertemu seseorang minta bantuan individu berkenaan untuk menggugurkan kes beliau. Tapi, saya yakin pihak berwajib akan menjalankan tugas mereka dengan telus. Saya 
dimaklumkan kertas siasatan berhubung kes ini sudah disiapkan, begitu juga keputusan laporan forensik.

“Namun, saya hairan mengapa Adi menafikannya, walhal dia sendiri mengaku dengan saya beliau mengenali Nooraida. Ketika mereka mula berkenalan, Nooraida sudah memaklumkan mengenai status dirinyanya sebagai isteri, sebaliknya Adi tidak mengendahkannya.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
“Malah Adi terus menggoda isteri saya. Bagi saya nak ‘nakal’ boleh, tapi jangan kacau isteri orang! Isteri saya mengaku, dia teruja apabila seorang artis popular seperti Adi ‘melayannya’.”

Memang panas! Kami yakin kalau anda berada di tempat pihak-pihak yang terbabit dalam kes ini, mungkin anda sudah tutup muka dengan baldi. Malu sungguh.

Kepada suami-isteri di luar sana, peliharalah keaiban pasangan dan jagalah maruah diri agak tidak terlibat dengan skandal yang  seperti ini.

Oleh: ELZA
Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger