Rabu, 12 Maret 2014

Pemimpin PKR Meliwat Pun Salah UMNO Kalau Ikut Tafsiran Abby

0 komentar
salah umno abby


Semenjak dua ini, semakin ramai artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada parti politik yang menjadi pilihan mereka.
Ada yang menyatakan sokong secara berhemah seperti Aznil yang hanya memperlihatkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) tanpa menghina atau merendahkan sesiapa.
Beliau berkempen dan sebagainya secara terbuka untuk BN tetapi beliau tidak tweet atau mengeluarkan kenyataan menghina penyokong pembangkang.
Itu contoh penyokong berakal.
Ada beza antara cara beliau dengan Abby Abadi yang memperlihatkan sokongan kepada PAS tetapi kerap mengeluarkan kenyataan yang secara langsung merendah, menghina dan mengaibkan penyokong lawan terutamanya dalam BN dan UMNO.
Memalukan kerana seorang yang kononnya sudah berhijrah bercakap lebih banyak menggunakan bontot dan lutut daripada menggunakan hati dan otaknya.
Lihat salah satu tweet terbaru Abby di atas…
Kalau pemimpin PKR dan PAS terbabit dalam isu moral… takkan itu pun salah UMNO?
Itu masalah pemimpin itu sendiri ok…
Takkan itu pun salah UMNO? Tak faham la…
Hakikatnya, sokonglah mana yang anda hendak sokong tapi jangan ubah sokongan itu kepada serangan yang memalukan orang.
Sebab itu bila artis yang tidak tahan macam Azhar Sulaiman mula menyerang balik…menyakitkan hati bukan…tetapi kena terimalah bila adanya pihak yang bertindak pada tahap yang sama dengan anda.
Kalau hendak menyokong…ikutlah cara Aznil…hanya kepada parti yang diminatinya tanpa memburukan lawan…

P/S - Abby oh Abby!!!! Udah2 le tu... 
Read more ►

Selasa, 11 Maret 2014

PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK SALAH DISISI UNDANG UNDANG !

0 komentar
Rokok Elektronik Undang Sakit Kronik.
Penjualan rokok e-elektronik bukan saja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-


Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 
Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, semalam.

Liow berkata, walaupun salah, penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati membuat pembelian menerusi internet. 
Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik, katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2013 bertujuan memastikan kualiti hidup yang lebih baik dan sihat. 

Beliau berkata, tidak ada gunanya jika negara mencapai status negara maju menjelang 2020 dan rakyat berpendapatan tinggi tetapi mereka berada dalam keadaan tidak sihat dan menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.

Keadaan seperti itu akhirnya akan menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara tidak meningkat, katanya.

BERNAMA
Link

LIHAT VIDEO BAHAYA RORKOK ELEKTRONIK
Read more ►

Senin, 10 Maret 2014

Chans Megastick Serangga terpanjang di dunia

0 komentar
SERANGGA terpanjang di dunia ternyata ditemukan di Pulau Kalimantan. Serangga berbentuk batang ini ditetapkan sebagai serangga terpanjang di dunia oleh ilmuwan asal Inggris.

Spesimen tersebut ditemukan oleh warga setempat dan diteliti oleh naturalis amatir Malaysia, Datuk Chan Chew Lun. Serangga unik ini kemudian diberi nama Phobaeticus Chani atau Chan’s megastick.
Paul Brock dari Natural History Museum di London mengatakan bahwa ini adalah jenis serangga terpanjang yang pernah ditemukan selama ini. Bentuknya menyerupai pensil kurus dari bambu, panjangnya sekitar 22 inchi, dan panjang tubuh sekitar 14 inchi.
Apakah kehebatan serangga itu? Serangga ini punya kemampuan untuk berEnteflase untuk membela diri. Selain itu, dia juga bakal menyemprotkan cairan beracun untuk melawan predatornya.

Phobaeticus chani terpilih sebagai salah satu dari "The Top 10 New Species" yang dijelaskan pada tahun 2008 oleh Lembaga Internasional untuk Spesies Eksplorasi di Arizona State University dan komite internasional taksonomis.
Read more ►

Minggu, 09 Maret 2014

Penduduk Jerman Hadapi Banjir Terburuk

0 komentar
Jerman

MAGDEBURG – Beribu-ribu petugas kecemasan, anggota tentera dan sukarelawan di Jerman semalam bertungkus lumus menghadapi banjir yang dianggap terburuk pernah melanda tengah Eropah sejak sedekad lalu.
Bencana alam itu memaksa perpindahan besar-besaran dilakukan dengan seorang ahli politik menyifatkannya sebagai malapetaka nasional.
Tumpuan kini diberikan pada bandar ini di timur Jerman yang ditenggelami air sungai Elbe.
Paras air sungai yang mengalir dari Republik Czech itu meningkat dengan mendadak susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Setakat pagi semalam, paras air sungai Magdeburg mencecah 7.45 meter sekali gus melepasi paras biasa dua meter.
Pihak berkuasa tempatan memberitahu, keadaan tersebut jauh lebih teruk berbanding banjir besar yang pernah melanda rantau berkenaan pada 2002.
Hampir 3,000 penduduk daerah Rothensee di sini telah dipindahkan ekoran kediaman mereka ditenggelami air bah.
Beratus-ratus anggota tentera pula bertungkus lumus mengukuhkan benteng sebuah terusan di sini bagi menghalang air sungai daripada membanjiri janakuasa elektrik sekali gus menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Sekitar 8,000 penduduk bandar Aken dekat sini dipindahkan ke lokasi selamat menggunakan sejumlah kereta perisai dan ambulans.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Jerman, Joachim Gauck dijadualkan melawat dua negeri yang dilanda banjir iaitu Saxony dan Saxony-Anhalt lewat semalam.
Sementara itu di Hungary, pekerja-pekerja bertungkus lumus mengukuhkan tebing beberapa terusan di ibu kota negara berkenaan, Budapest, dalam persediaan menghadapi banjir.
Pihak berkuasa meramalkan Sungai Danube yang mengalir merentasi Budapest akan mencatat paras tertingginya semalam.
Setakat ini, berpuluh-puluh ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka dengan sekurang-kurangnya 18 orang terkorban akibat banjir yang melanda Jerman, Austria, Slovakia, Poland dan Republik Czech sejak seminggu lalu. – Agensi
Read more ►

Sabtu, 08 Maret 2014

Smart Ditutup 30 Jan Untuk Penyelenggaraan

0 komentar
Lebuhraya Smart


KUALA LUMPUR – Lebuhraya Smart di sini akan ditutup kepada lalu lintas mulai 11 malam, 30 Januari sebelum dibuka semula pada 6 pagi keesokannya bagi kerja menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong (Smart) dalam kenyataan di sini, Jumaat berkata pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan itu. – BERNAMA
Read more ►

Jumat, 07 Maret 2014

Pemandu Tren Tampan Jadi Tumpuan Wanita

0 komentar

Bila dah nama ‘handsome’, pemandu tren laju pun jadi bahan tumpuan.

Itulah yang terjadi di China apabila seorang pemandu tren laju, Sun Jiaqi dikatakan menjadi tumpuan para wanita tidak kira umur.

Berwajah tampan dan senyumannya yang manis, dia dikatakan menjadi gelombang baru di laman-laman sosial setelah wajahnya di muat naik dalam sebuah laman yang mengumpulkan wajah-wajah tampan si pemandu tren laju.

Gambar tersebut kemudiannya menjadi viral apabila ia dikongsi oleh ribuan pelayar laman sosial.

Menurut Shanghaiist.com dan Sina.com, Jiaqi dikatakan bekerja di Suzhou Metro Line, sebuah syarikat pengendali tren di China.

Bukan itu sahaja, dia juga bekerja sebagai peragawan (model) sambilan.

Tambah hangat apabila Jiaqi menjawab di laman sosialnya dan menyatakan dia hanyalah ‘pekerja biasa’.

Oleh: HARITS ASYRAF
Read more ►

Kamis, 06 Maret 2014

Pilot Terkunci Pesawat Ini Terpaksa Mendarat Darurat

0 komentar
mendarat darurat
Apa yang akan terjadi jika seorang pilot pesawat yang mengemudikan pesawat terkunci tidak dapat masuk kedalam ruang kokpit untuk mengemudikan pesawat ? 
Sebuah pesawat   penerbangan di India Air India terpaksa mendarat darurat kerana pilot yang mengemudikan pesawat terkunci dan tidak boleh masuk kedalam ruang pengendali pesawat atau kokpit.

“Pilot pimpinan penerbangan meninggalkan kokpit sejenak untuk pergi ke toilet, tetapi ketika kembali, pintu kokpit sudah terkunci. Pintu itu terkunci dan tetap tidak dapat dibuka meski kami sudah mengerahkan segala upaya, termasuk juga oleh pilot pembantu yang berada di dalam,” seperti dinyatakan Air India.

Pesawat yang mendarat darurat ini seharusnya terbang dari Delhi ke Bangalore namun kerana ada kesalahan pada pintu kokpit terpaksa harus mendarat darurat di   Bhopal Airport.
“Pembantu pilot kemudian meminta izin untuk mengalihkan penerbangan ke Bhopal dan mendarat pada pukul 17.55.”
Setelah mendarat darurat masalah teknikal pada pintu kokpit dibetulkan setelah menunggu 3 jam akhirnya pesawat ini melanjutkan penerbanganya.
Paling Seru
Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger