Selasa, 11 Maret 2014

PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK SALAH DISISI UNDANG UNDANG !

0 komentar
Rokok Elektronik Undang Sakit Kronik.
Penjualan rokok e-elektronik bukan saja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-


Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 
Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, semalam.

Liow berkata, walaupun salah, penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati membuat pembelian menerusi internet. 
Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik, katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2013 bertujuan memastikan kualiti hidup yang lebih baik dan sihat. 

Beliau berkata, tidak ada gunanya jika negara mencapai status negara maju menjelang 2020 dan rakyat berpendapatan tinggi tetapi mereka berada dalam keadaan tidak sihat dan menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.

Keadaan seperti itu akhirnya akan menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara tidak meningkat, katanya.

BERNAMA
Link

LIHAT VIDEO BAHAYA RORKOK ELEKTRONIK
Read more ►

Jumat, 27 Desember 2013

Lebih 100 Jenama Rokok Tiruan Dikesan – KPDNKK

0 komentar


KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.

Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.

“Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, Khamis.

Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara.

Menurutnya, dari tempoh tahun lalu hingga September tahun ini sebanyak 175 kes penjualan rokok tidak sah dikesan di seluruh negara melibatkan rampasan kira-kira RM117,800.

Sementara itu, Roslan berkata, tahap penilaian pegawai sebelum melakukan operasi penguatkuasaan akan ditambah baik bagi mengelakkan sebarang ancaman atau risiko.

Katanya, biasanya sebelum operasi dilakukan, pegawai risikan akan menilaiterlebih dahulu sama ada serbuan itu berisiko atau sebaliknya.

Roslan berkata, lazimnya jika serbuan itu berisiko pihaknya akan melibatkan agensi lain seperti polis namun jika melibatkan serbuan biasa terpulang kepada pegawai penilai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden sepasukan pegawai penguatkuasa diugut sekumpulan lelaki bersenjata tajam ketika membuat operasimembanteras cetak rompak di Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Saya masih menunggu laporan penuh dari pegawai berkenaan,” katanya. – BERNAMA
Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger