Rabu, 12 Maret 2014

Pemimpin PKR Meliwat Pun Salah UMNO Kalau Ikut Tafsiran Abby

0 komentar
salah umno abby


Semenjak dua ini, semakin ramai artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada parti politik yang menjadi pilihan mereka.
Ada yang menyatakan sokong secara berhemah seperti Aznil yang hanya memperlihatkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) tanpa menghina atau merendahkan sesiapa.
Beliau berkempen dan sebagainya secara terbuka untuk BN tetapi beliau tidak tweet atau mengeluarkan kenyataan menghina penyokong pembangkang.
Itu contoh penyokong berakal.
Ada beza antara cara beliau dengan Abby Abadi yang memperlihatkan sokongan kepada PAS tetapi kerap mengeluarkan kenyataan yang secara langsung merendah, menghina dan mengaibkan penyokong lawan terutamanya dalam BN dan UMNO.
Memalukan kerana seorang yang kononnya sudah berhijrah bercakap lebih banyak menggunakan bontot dan lutut daripada menggunakan hati dan otaknya.
Lihat salah satu tweet terbaru Abby di atas…
Kalau pemimpin PKR dan PAS terbabit dalam isu moral… takkan itu pun salah UMNO?
Itu masalah pemimpin itu sendiri ok…
Takkan itu pun salah UMNO? Tak faham la…
Hakikatnya, sokonglah mana yang anda hendak sokong tapi jangan ubah sokongan itu kepada serangan yang memalukan orang.
Sebab itu bila artis yang tidak tahan macam Azhar Sulaiman mula menyerang balik…menyakitkan hati bukan…tetapi kena terimalah bila adanya pihak yang bertindak pada tahap yang sama dengan anda.
Kalau hendak menyokong…ikutlah cara Aznil…hanya kepada parti yang diminatinya tanpa memburukan lawan…

P/S - Abby oh Abby!!!! Udah2 le tu... 
Read more ►

Selasa, 11 Maret 2014

PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK SALAH DISISI UNDANG UNDANG !

0 komentar
Rokok Elektronik Undang Sakit Kronik.
Penjualan rokok e-elektronik bukan saja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-


Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 
Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, semalam.

Liow berkata, walaupun salah, penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati membuat pembelian menerusi internet. 
Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik, katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2013 bertujuan memastikan kualiti hidup yang lebih baik dan sihat. 

Beliau berkata, tidak ada gunanya jika negara mencapai status negara maju menjelang 2020 dan rakyat berpendapatan tinggi tetapi mereka berada dalam keadaan tidak sihat dan menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.

Keadaan seperti itu akhirnya akan menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara tidak meningkat, katanya.

BERNAMA
Link

LIHAT VIDEO BAHAYA RORKOK ELEKTRONIK
Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger