Kamis, 30 Januari 2014

TOLONG BACA! LUANG 3 MINIT UNTUK DIRI SENDIRI

0 komentar
1000 ORANG SEMBAHYANG JUMAAT, HANYA 20 ORANG BETUL-BETUL SANGGUP MATI KERANA ALLAH

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi ……. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat Ente ”


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat .. 
Read more ►

Kamis, 09 Januari 2014

Cara Memperbaiki Hardisk Laptop yang Rusak tidak Terdeteksi Terbaca atau Bad Sector

0 komentar
Hardisk kalo sudah Rusak pastinya kita dibuat pusing sekali, apalagi banyak file penting didalamnya hmm..., gawat betul.... apalagi kalao yang rusak itu hardisk pada LAPTOP, sudah dapat dipastikan ongkos perbaikannya sangat mahal bila dibawa ke tukang servise laptop.

Nah..apabila hardisk laptop terjadi kerusakan seperti tidak terdeteksi, tidak terbaca atau juga bad sector, langkah pertama sebaiknya kamu jangan panik dahulu..., masih banyak solusi untuk mengatasinya!

Untuk solusi bagaimana cara memperbaiki hardisk laptop yang rusak mulai dari kerusakan ringan hingga berat pastinya dapat kita temui tutorialnya banyak di internet, mulai dari artikel-artikel, forum-forum tentang teknisi laptop, atau juga kalau kamu tidak mau repot bisa membeli produk Qbonk Media Group, di sana terdapat banyak ebook teknis elektronik komplit, mulai dari teknisi komputer, teknisi laptop dan notebook, monitor LCD, ebook jaringan lengkap, serta produk best sellernya yaitu teknisi hardisk komplit!

Didalam produknya ini “ebook cara memperbaiki hardisk” terdapat tutorial cara memperbaiki HardDisk Drive, analisis dan juga terdapat langkah-langkah perbaikan HardDisk baik perangkat keras maupun perangkat lunak. Ebook teknisi ini total berjumlah 135 halaman yang berformat pdf.

Nah..langsung saja, bagaimana cara mendapatkan ebook teknisi hardisk tersebut? Silahkan lihat link berikut untuk cara mendownload ebooknya disini Ebook Qbonk teknisi Hardisk Komplit!

Nb. Untuk penanganan hardisk laptop dengan hardisk komputer deskop biasa adalah sama, yang membedakannya adalah bentuknya saja yang lebih kecil.

Tulisan lainnya yang berhubungan:
Ebook belajar menjadi teknisi Laptop
Cara memperbaiki Laptop blank
Cara memperbaiki Laptop yang blue screen
Printer yang cocok untuk Mahasiswa
Read more ►

Rabu, 01 Januari 2014

Kenapa Kedua Dua Bibir Kita Atas Dan Bawah Tidak Bergerak Sewaktu Kita Mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA HA ILLALLAH

0 komentar


Ha, cuba try sebut LA ILA HA ILLALLAH...Kedua-dua bibir kita tak bergerak kan? ^_^

Kenapa??

Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba hambaNya...

~Di antara hikmahnya adalah kerana apabila seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (nazak), tiada daya lagi utk menggerakkan seluruh tubuh kecuali LIDAH sahaja.. Maha Suci Allah.. :D

Begitulah tanda sayangnya Allah pada kita hamba-hambaNya


sumber
Read more ►

Cabaran Ali Rustam tidak relevan

0 komentar
sinarharian
2 Februari 2013
 Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
KOTA BHARU - Cabaran yang dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pas untuk memecat keahlian Nasharudin Mat Isa dalam parti itu dianggap tidak relevan.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Fadhli Shaari berkata, cabaran ahli majlis tertinggi Umno itu dianggap tidak relevan dan tidak sepatutnya dipersoalkan.

“Beliau (Nasha) hanya melakukan beberapa kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Majlis Syura, bukanlah sehingga peringkat wajib dikenakan tindakan keluar parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas isu Ali Rustam yang mencabar Parti kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang itu membuang keahlian Pas yang dimiliki Nasharudin Isa kelmarin.

Menurutnya, Nasha juga tidak pernah dikaitkan dengan politik wang untuk menang pemilihan parti dan tidak juga mencadangkan supaya kelab malam dibuka sehingga jam 3 pagi.

Beliau berkata, walaupun Nasha kini bukan lagi Ahli Majlis Syura, namun beliau masih tetap sebagai ahli Pas.

“Sebagai contohnya, walaupun majlis perkahwinan anaknya (Nasha) sedikit besar, namun tidak sampai ratusan ribu duit rakyat dihabiskan, jangan pandang rendah pada kepimpinan kami.

“Cabaran itu tidak masuk akal dan Pas tidak akan runtuh jika apa-apa berlaku pada Nasha, bukan sebagaimana yang didakwa beliau (Ali) yang menganggap nasib Pas bergantung pada Nasha,” katanya.

Fadhli berkata, Pas juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pemecatan keahlian Nasha dalam parti tersebut walaupun tidak dicalonkan mana-mana kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Read more ►

Panas! Senarai Selebriti Wanita Malaysia Yang Hilang Dara 2012!

0 komentar
Tahun 2012 sememangnya memberi pelbagai kenangan pahit dan manis buat beberapa selebriti tanah air.



Antara yang menggamit kenangan adalah apabila saat-saat artis ini diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing.

Ada diantara mereka yang kedua-duanya merupakan pasangan selebriti, malah ada juga yang hanya salah seorang saja yang terlibat di dalam industri hiburan ini.

Berikut adalah beberapa senarai selebriti yang menamatkan zaman bujang mereka pada 2012.

Fasha Sandha & Jejai – Setelah bercinta dengan agak lama, akhirnya mereka telah berkahwin pada April 2012 di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Kini mereka sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung pada tidak lama lagi.


Yusry KRU & Lisa Surihani – Ramai yang tidak menyangka semasa mereka membuat pengumuman ingin melangsungkan perkahwinan. Ini kerana masing-masing pandai menyembunyikan hubungan percintaan. Kini perkahwinan yang berlangsung pada Februari lalu bakal berusia setahun pada tidak lama lagi.


Awal Ashaari & Scha Al-Yahaya – Peminat amat kecewa semasa majlis akad nikah berlangsung pada May lalu. Sebabnya, jika diikut pada perancangan ia bakal disiarkan secara langsung tetapi oleh kerana ada kesilapan teknikal, ia terpaksa dibuat secara rakaman. Apa-apa pun majlis itu berlangsung dengan meriah sekali.


Ustaz Don Daniyal & Husna – Ramai yang menyatakan sejuk mata memandang apabila melihat pasangan ini. Majlis pernikahan dan resepsi berlangsung dengan begitu sederhana. Tahniah diucapkan.


Ally Iskandar & Fara Lee – Ternyata walaupun jarak usia melebihan 13 tahun, tetapi itu tidak menjadikan halangan buat pasangan ini. Mereka diijabkabulkan atas pilihan keluarga. Kini Ally setia menanti isterinya yang sedang belajar di Korea untuk pulang tinggal bersama.


Ella & Azhar – Ratu rock negara akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 46 tahun dengan juruterbang Firefly. Kedua-dua pasangan ini nampak sempoi dan amat kelakar!


Azza Elite & Azlan – Pernikahan yang berlangsung di dalam masjid telah menimbulkan kontroversi gara-gara Azza tidak menutup aurat. Tetapi Azza telah pun menyatakan yang dia tidak sengaja dan akan lebih sensitif selepas ini.


Irma Hasmie & Redza Syah – Ramai yang cemburu melihat wajah suami Irma ini. Mereka telah bertemu semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Ternyata pertemuan mereka diredhai. Kini Irma dan Redza sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.


Natasha Hudson & Carleed Khaza – Ini adalah perkahwinan ketiga buat Natasha. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung dengan serdehana sekali. Natasha yang kini sudah bertudung sedang sarat mengandung hasil perkahwinannya dengan Carleed.


Farid Kamil & Diana Danielle – Banyak kontroversi yang berlaku selepas perkahwinan mereka. Diana dikatakan hamil 16 hari selepas baru saja dua minggu berkahwin. Selepas itu, Farid pula dikatakan tidak sensitif dengan undang-undang apabila memakai pakaian Angkatan Tentera Malaysia.


Semoga perkahwinan yang dibina kekal selamanya. Tahniah!

Selebriti terakhir yang bakal berkahwin sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya adalah penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Lueniey Natasha pada 29 Disember ini.

-Mynewshub
Read more ►

Selasa, 31 Desember 2013

Ibu Buta Jual Empat Anak Untuk Menyara Keluarga

0 komentar
Ibu Buta Jual Empat Anak

Beijing – Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan.
Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.
Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang.
“Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.
“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak,” katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.
“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. “Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang,” katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.
Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.
“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.
“Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.
Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.
Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat.
Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005. – Daily Mail
Read more ►

Adik Sultan Kelantan Saman Polis RM150 Juta

0 komentar
Salam semua,



Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra menuntut ganti rugi berjumlah RM150 juta daripada Ketua Polis Negara dan tiga yang lain berhubung penahanannya yang didakwa dibuat secara salah tiga tahun lalu. Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam pada pukul 9 pagi melalui Tetuan AS Dhaliwal.

Dalam writ saman itu, beliau selaku plaintif menamakan Tan Sri Ismail Omar sebagai defendan pertama, Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan, Asisten Supritendan Norazman Ismail, Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia masing-masing sebagai defendan kedua hingga keempat.

Dakwa plaintif, pada 30 Ogos 2009 beliau bersama peguamnya telah memandu keluar sebuah kenderaan jenis Bentley Brooklands nombor pendaftaran DBG 1 dari Istana Mahkota Kubang Kerian selepas dititah oleh ayahanda, Sultan Ismail Petra untuk mengambil, memandu dan menghantar kenderaan itu ke Singapura. Kosmo
Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger