Jumat, 31 Januari 2014

Jamiyah Ulama Fathoni Darussalam Majlis 25 26 Mei 2013

0 komentar
JAMIYAH ULAMA FATHONI DARUSSALAM 
mengadakan majlis Himpunan Ummah selama dua hari 
25-26 Mei 2013 bagi tujuan menggumpul dana membina 
Kompleks Jamiyyah Ulama Fathoni .

PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID - KEDAH (PPPT)
sebagai penyokong setia Jamiyah Ulama Fathoni ,
ke Majlis ini bersama Tuan Guru Hj Izuddin bin Tuan Guru Hj Wan Ibrahim ,Ustaz Yaziz Bin Tuan Guru Hj Salleh , serta bersama  Muhibbin dari golongan anak muda pondok dan universiti . 
ALHAMDULILLAH 
majlis kenduri  Jamiyyah Ulama Fathoni sempena memungut dana pembinaan Kompleks berjaya dan mendapat sambutan luar biasa dari kalangan ummah Thailand dan Malaysia . 
Majlis diserikan dengan kehadiran ulama Mesir dan Indonesia . 

Dikesempatan itu kami peserta rombongan Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah 
sempat ziarah pondok-pondok , ulama dan makam ulama sepanjang sesi ziarah selama dua hari 

- INSYALLAH 
PPPT - Akan sentiasa menganjurkan program-program yang akan mengeratkan hubungan masyarakat terutama anak muda dengan ulama . 
Kami akan aturkan majlis ulama di Kedah , Fathoni dan Insyallah di Kelantan 
Setipa Program ikuti di Blog 
Cahaya Kehidupan Tauhid ,
Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT Kedah )
atau di Facebook
Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT Kedah )

Helmi Assyafie
Mazlan Jamalludin
Ahmad Rafae

PERHATIAN  ! 
Sesiapa sahaja yang ingin menyalurkan sumbangan , bantuan , infaq dan wakaf kepada 
Kompleks Jamiyah Ulama Fathoni termasuk Masjid , rumah ulama , rumah pelajar Pondok boleh salurkan terus kepada Ketua Jamiyah Ulama Fathoni Darussalam , Tuan Guru Baba Haji Abdul Karim bin Hasbullah 
atau hubungi al fakir - Helmi Assyafie 013 4044259 selaku wakil di Kedah atau Ustaz Yaziz bin Tuan Guru Hj Salleh  0135978106 selaku ketua wakil Jamiyyah Ulama Fathoni di Malaysia 

 ROMBONGAN PPPT Ke JAMIYAH ULAMA FATHONI pada 25-26 Mei 2013

 PENTAS ULAMA JAMIYAH ULAMA FATHONI



 BABA ABDUL AZIZ WAKAF DUA , PADANG PUSU 
 BABA ABDUL RAHMAN , BABA ABDUL AZIZ , BABA IDRIS DAN ANAK MURID TUA BABA DER SEKAM
 SYEIKH FAHMI ZAM ZAM DI MAJLIS JAMIYAH ULAMA FATHONI


 BABA ABDUL AZIZ PADANG PUSU

 BABA MAD BERMIN , BABA IZUDDIN KEDAH , BABA ABDUL KARIM DALA
 BABA IZUDDIN KEDAH , BABA ABDULAH MAMPAT ,AL FAKIR  HELMI ASSYAFIE
 ZIARAH BABA ABDUL RAHMAN KALANAN yang sedang uzur , ulama tua Fathani
 Anak Pak Su Mid Gunung Kelantan sedang menuntut di Pondok Baba Abdul Aziz Wakaf dua Padang Pusu



 BABA ABDUL KARIM dan BABA IZUDDIN KEDAH didalam sesi tazkirah subuh di Pondok Dala

 Makam BABA ABDUL RAHMAN DALA ( Wali Besar , anak murid Syeikh Wan Ismail / Pak Da Eil Makkah )

 Ketua Rombongan PPPT ke Fathoni , Ustaz Yaziz bin Tuan Guru Hj Salleh Sik sampaikan sumbangan PPPT kepada Ketua Jamiyah Ulama Fathoni , Baba Abdul Karim Dala


 Ziarah pusara BABA ABDUL RAHMAN DALA
 Tinjau kawasan pondok Dala

 Peserta Rombongan Pondok Sik merakamkan kenangan di Pondok Dala
 Surau Allahyarham BABA HUSSIN DALA
 BABA HAT DALA MENANTU BABA HUSSIN bersama Penasihat Rombongan PPPT , Tuan Guru Hj Wan Izuddin



 BABA DAHARI / dikenali dengan BABA TA DALA

 MAKAM BABA HUSSIN DALA , ULAMA TASAUF FATHONI

 Ziarah makam BABA HUSSIN DALA, Tuan Guru Hj Izuddin selaku penasihat rombongan sedang membaca doa di Pusara BABA HUSSIN


 Merakamkan kenangan bersama BABA ABDUL KARIM selaku KETUA JAMIYAH ULAMA FATHONI





 Kenduri Jamiyyah Ulama Fathoni

 Ziarah BABA ABDULLAH MAMPAT









 MAKAM TUAN GURU HJ ABDUL QADIR FATHONI ( AYAH DER SEKAM )

 BABA IZUDDIN Selaku Penasihat Rombongan PPPT ke Pattani sedang memberi tazkirah di Pentas Ulama Jamiyah ulama Fathoni


 BABA AHMAD NAWAWI ( BABA MAD MAWI ) Ulama Tua Fathoni bersama Helmi Assyafie

 MASJID KERISIK berusia hampir 300 tahun





Read more ►

Kamis, 30 Januari 2014

TOLONG BACA! LUANG 3 MINIT UNTUK DIRI SENDIRI

0 komentar
1000 ORANG SEMBAHYANG JUMAAT, HANYA 20 ORANG BETUL-BETUL SANGGUP MATI KERANA ALLAH

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi ……. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat Ente ”


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat .. 
Read more ►

Kamis, 09 Januari 2014

Cara Memperbaiki Hardisk Laptop yang Rusak tidak Terdeteksi Terbaca atau Bad Sector

0 komentar
Hardisk kalo sudah Rusak pastinya kita dibuat pusing sekali, apalagi banyak file penting didalamnya hmm..., gawat betul.... apalagi kalao yang rusak itu hardisk pada LAPTOP, sudah dapat dipastikan ongkos perbaikannya sangat mahal bila dibawa ke tukang servise laptop.

Nah..apabila hardisk laptop terjadi kerusakan seperti tidak terdeteksi, tidak terbaca atau juga bad sector, langkah pertama sebaiknya kamu jangan panik dahulu..., masih banyak solusi untuk mengatasinya!

Untuk solusi bagaimana cara memperbaiki hardisk laptop yang rusak mulai dari kerusakan ringan hingga berat pastinya dapat kita temui tutorialnya banyak di internet, mulai dari artikel-artikel, forum-forum tentang teknisi laptop, atau juga kalau kamu tidak mau repot bisa membeli produk Qbonk Media Group, di sana terdapat banyak ebook teknis elektronik komplit, mulai dari teknisi komputer, teknisi laptop dan notebook, monitor LCD, ebook jaringan lengkap, serta produk best sellernya yaitu teknisi hardisk komplit!

Didalam produknya ini “ebook cara memperbaiki hardisk” terdapat tutorial cara memperbaiki HardDisk Drive, analisis dan juga terdapat langkah-langkah perbaikan HardDisk baik perangkat keras maupun perangkat lunak. Ebook teknisi ini total berjumlah 135 halaman yang berformat pdf.

Nah..langsung saja, bagaimana cara mendapatkan ebook teknisi hardisk tersebut? Silahkan lihat link berikut untuk cara mendownload ebooknya disini Ebook Qbonk teknisi Hardisk Komplit!

Nb. Untuk penanganan hardisk laptop dengan hardisk komputer deskop biasa adalah sama, yang membedakannya adalah bentuknya saja yang lebih kecil.

Tulisan lainnya yang berhubungan:
Ebook belajar menjadi teknisi Laptop
Cara memperbaiki Laptop blank
Cara memperbaiki Laptop yang blue screen
Printer yang cocok untuk Mahasiswa
Read more ►

Rabu, 01 Januari 2014

Kenapa Kedua Dua Bibir Kita Atas Dan Bawah Tidak Bergerak Sewaktu Kita Mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA HA ILLALLAH

0 komentar


Ha, cuba try sebut LA ILA HA ILLALLAH...Kedua-dua bibir kita tak bergerak kan? ^_^

Kenapa??

Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba hambaNya...

~Di antara hikmahnya adalah kerana apabila seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (nazak), tiada daya lagi utk menggerakkan seluruh tubuh kecuali LIDAH sahaja.. Maha Suci Allah.. :D

Begitulah tanda sayangnya Allah pada kita hamba-hambaNya


sumber
Read more ►

Cabaran Ali Rustam tidak relevan

0 komentar
sinarharian
2 Februari 2013
 Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
KOTA BHARU - Cabaran yang dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pas untuk memecat keahlian Nasharudin Mat Isa dalam parti itu dianggap tidak relevan.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Fadhli Shaari berkata, cabaran ahli majlis tertinggi Umno itu dianggap tidak relevan dan tidak sepatutnya dipersoalkan.

“Beliau (Nasha) hanya melakukan beberapa kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Majlis Syura, bukanlah sehingga peringkat wajib dikenakan tindakan keluar parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas isu Ali Rustam yang mencabar Parti kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang itu membuang keahlian Pas yang dimiliki Nasharudin Isa kelmarin.

Menurutnya, Nasha juga tidak pernah dikaitkan dengan politik wang untuk menang pemilihan parti dan tidak juga mencadangkan supaya kelab malam dibuka sehingga jam 3 pagi.

Beliau berkata, walaupun Nasha kini bukan lagi Ahli Majlis Syura, namun beliau masih tetap sebagai ahli Pas.

“Sebagai contohnya, walaupun majlis perkahwinan anaknya (Nasha) sedikit besar, namun tidak sampai ratusan ribu duit rakyat dihabiskan, jangan pandang rendah pada kepimpinan kami.

“Cabaran itu tidak masuk akal dan Pas tidak akan runtuh jika apa-apa berlaku pada Nasha, bukan sebagaimana yang didakwa beliau (Ali) yang menganggap nasib Pas bergantung pada Nasha,” katanya.

Fadhli berkata, Pas juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pemecatan keahlian Nasha dalam parti tersebut walaupun tidak dicalonkan mana-mana kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Read more ►

Panas! Senarai Selebriti Wanita Malaysia Yang Hilang Dara 2012!

0 komentar
Tahun 2012 sememangnya memberi pelbagai kenangan pahit dan manis buat beberapa selebriti tanah air.



Antara yang menggamit kenangan adalah apabila saat-saat artis ini diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing.

Ada diantara mereka yang kedua-duanya merupakan pasangan selebriti, malah ada juga yang hanya salah seorang saja yang terlibat di dalam industri hiburan ini.

Berikut adalah beberapa senarai selebriti yang menamatkan zaman bujang mereka pada 2012.

Fasha Sandha & Jejai – Setelah bercinta dengan agak lama, akhirnya mereka telah berkahwin pada April 2012 di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Kini mereka sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung pada tidak lama lagi.


Yusry KRU & Lisa Surihani – Ramai yang tidak menyangka semasa mereka membuat pengumuman ingin melangsungkan perkahwinan. Ini kerana masing-masing pandai menyembunyikan hubungan percintaan. Kini perkahwinan yang berlangsung pada Februari lalu bakal berusia setahun pada tidak lama lagi.


Awal Ashaari & Scha Al-Yahaya – Peminat amat kecewa semasa majlis akad nikah berlangsung pada May lalu. Sebabnya, jika diikut pada perancangan ia bakal disiarkan secara langsung tetapi oleh kerana ada kesilapan teknikal, ia terpaksa dibuat secara rakaman. Apa-apa pun majlis itu berlangsung dengan meriah sekali.


Ustaz Don Daniyal & Husna – Ramai yang menyatakan sejuk mata memandang apabila melihat pasangan ini. Majlis pernikahan dan resepsi berlangsung dengan begitu sederhana. Tahniah diucapkan.


Ally Iskandar & Fara Lee – Ternyata walaupun jarak usia melebihan 13 tahun, tetapi itu tidak menjadikan halangan buat pasangan ini. Mereka diijabkabulkan atas pilihan keluarga. Kini Ally setia menanti isterinya yang sedang belajar di Korea untuk pulang tinggal bersama.


Ella & Azhar – Ratu rock negara akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 46 tahun dengan juruterbang Firefly. Kedua-dua pasangan ini nampak sempoi dan amat kelakar!


Azza Elite & Azlan – Pernikahan yang berlangsung di dalam masjid telah menimbulkan kontroversi gara-gara Azza tidak menutup aurat. Tetapi Azza telah pun menyatakan yang dia tidak sengaja dan akan lebih sensitif selepas ini.


Irma Hasmie & Redza Syah – Ramai yang cemburu melihat wajah suami Irma ini. Mereka telah bertemu semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Ternyata pertemuan mereka diredhai. Kini Irma dan Redza sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.


Natasha Hudson & Carleed Khaza – Ini adalah perkahwinan ketiga buat Natasha. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung dengan serdehana sekali. Natasha yang kini sudah bertudung sedang sarat mengandung hasil perkahwinannya dengan Carleed.


Farid Kamil & Diana Danielle – Banyak kontroversi yang berlaku selepas perkahwinan mereka. Diana dikatakan hamil 16 hari selepas baru saja dua minggu berkahwin. Selepas itu, Farid pula dikatakan tidak sensitif dengan undang-undang apabila memakai pakaian Angkatan Tentera Malaysia.


Semoga perkahwinan yang dibina kekal selamanya. Tahniah!

Selebriti terakhir yang bakal berkahwin sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya adalah penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Lueniey Natasha pada 29 Disember ini.

-Mynewshub
Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger