Sabtu, 22 Februari 2014

Dr Asri Dakwa Difitnah Mufti Kedah

0 komentar

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa Mufti Kedah, Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad  telah memfitnahnya dalam satu rakaman video berkaitan Wahabi dan Syiah yang kini tersebar di laman siber.

Dalam video berkenaan, Badaruddin antara lain melahirkan kebimbangannya jika fahaman Wahabi dibawa masuk ke Kedah dan menyebut nama Dr Asri dan Ustaz Fathul Bari sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan aliran ini.


Justeru, Dr Asri hari ini menyiarkan satu kenyataan yang disifatkannya sebagai “Menjawab Fitnah Mufti Kedah”.

Berikut adalah kandungan kenyataan tersebut yang disiarkan dalam laman web drmaza.com:

Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;

1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. Tiada siapa yang dapat menerima perkataan yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka.

2. Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan WALLAHI, wa BILLAH wa TALLAHI itu adalah fitnah beliau semata. Beliau hendaklah membuktikan tuduhan-tuduhan beliau samada melalui rakaman atau tulisan saya sendiri. Satu akhlak yang buruk bagi sesiapa yang menuduh orang tanpa bukti yang boleh dijadikan asas.

3. Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi s.a.w dan menafikan boleh mengambil keberkatan Nabi s.a.w (tabarruk) termasuk tentang rambut Nabi s.a.w jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di youtube bertajuk: “Memburu Barakah” akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan.

4. Isu tidak membenarkan orang solat tarawih lebih dari lapan rakaat bahkan menyatakan Perlis tidak membenarkan dan menganggap masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas, adalah fitnah beliau yang beliau bertanggungjawab di hadapan Allah. Sejak sekian lama artikel saya bertajuk “Kekeliruan Tentang Solat Tarawih” yang di siar di web saya (Minda Tajdid), Akhbar Sinar Harian dan pelbagai laman web menyebut -antara lain- tentang solat tarawih: “Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah”.

5. Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar. Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber. Tetapi hendaklah dipastikan ucapan dan tulisan yang tidak diedit dan dalam konteks yang betul. Jawapan saya dalam masalah ‘Arasy umpamanya sama dengan apa yang Hasan al-Banna sebut dalam ‘Usul al-‘Isyrin’, apa yang Sayyid Qutb sebut dalam Zilal al-Quran dan Dr Wahbah al-Zuhaili sebut dalam Tafsir al-Munir (lihat tafsir ayat 54, Surah al-‘Araf). Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dikenali oleh orang melayu. Jawapan yang sama disebut oleh TG Nik Abd Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh yang lain. Sila tonton pelbagai video saya dalam hal ini.

6. Menuduh orang secara dusta adalah dosa yang besar. Saya akan bertemu dengan beliau di mahkamah Masyar dan juga Allah ada urusan dan tindakanNYA di dunia ini. Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

7. Jika tidak, saya mengajak beliau BERMUBAHALAH iaitu bersumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan-tuduhan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau.

8. Saya pohon kemaafan kerana terpaksa menjawab secara terbuka kerana tuduhan beliau disiarkan terbuka.

9. Kepada Allah kembali segala urusan. Sabda Nabi:

“Takutlah Ente doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah Ente doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah Ente doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani)

…..

Apa pun, diharapkan sebarang pertikaian akan segera damai. Sebaiknya jika ada sebarang percanggahan pendapat antara alim ulama, selesaikanlah dengan jalan perbincangan sesama mereka sebelum memaklumkan kepada orang luar tinjauannya.

Sebab bila perkara seperti ini berlaku, masyarakat yang cetek ilmu pasti terpinga-pinga untuk menilai yang mana benar.

Apa pun, di bawah ini kami turut siarkan rakaman video yang didakwa Dr Asri mempunyai butir memfitnah dirinya oleh Mufti Kedah. – REM RAMZI

Read more ►

Senin, 10 Februari 2014

Treler PAS idea seorang anak muda Kedah

0 komentar

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 24 Feb 2013

(Gambar: Nazri ketika ditemui Harakahdaily, menceritakan idea asal treler Jelajah Berkebajikan PAS)

SUNGAI PETANI: Ramai yang tidak mengetahui bahawa idea menggunakan treler lengkap dengan sistem pentas dan siarraya untuk Jelajah Negara Berkebajikan PAS ini adalah cetusan seorang anak muda dari Kedah.

Nazri Ismail, mungkin tidak sepopular artis, mahupun ahli politik, namun beliaulah yang menggarap idea memperkenalkan PAS dengan kaedah lebih unik iaitu dengan jelajah menggunakan treler ini.

Menurut Nazri, idea untuk membangunkan treler ini tercetus setelah melihat kesukaran jentera PAS setiap kali ingin mengadakan program khususnya ceramah di kawasan pedalaman.

"Saya mendapat idea ini apabila melihat terdapat kesukaran ataupun kesulitan apabila kita melakukan sesuatu program dikawasan-kawasan kampung.

"Idea ini timbul dengan cadangan menyediakan satu jentera yang lengkap dengan segala-galanya terutamanya pentas dan juga peralatan ceramah," kata beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, idea awal diperolehi pada Disember 2012 setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa lagi rakan termasuk penasihat undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

Bermula dari itu, mereka bertemu dengan juru rekabentuk bagi mendapatkan nasihat serta pandangan untuk pembinaan jentera tersebut.

"Bagi saya jika kita mempunyai jentera tetapi perlu mengambil masa yang agak lama untuk penyediaan, itu bukan suatu yang boleh kita banggakan.

"Atas alasan itu, satu perbincangan lanjut dilakukan bersama dengan pereka untuk mencari jalan terbaik untuk mendapatkan keperluan masa yang singkat dalam kita menyediakan segala kelengkapan," sambungnya.

Usaha gigih beliau bersama rakan-rakannya telah mengtinjauankan satu jentera yang dapat disiapkan dalam masa kurang dari 15 minit untuk digunakan.

"Suatu yang amat menbanggakan bila kita dapat menyiapkan segala-galanya dalam tempoh yang pantas dan ini memberi kemudahan kepada semua pihak mahupun kumpulan teknikal yang mengikuti konvoi jelajah," katanya.

Traler yang memulakan kerja pada awal Januari 2013 itu akhirnya siap sepenuhnya pada 17 Februari dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Pejabat Agung PAS pada 21 Februari lepas sebelum memulakan jelajahnya ke Kedah.

Sementara itu, hari ini masuk hari keempat treler ini membuat penjelajahan siri sulungnya ke bahagian utara tanah air.

Treler yang dibina dengan kos melebihi RM500,000 itu juga kini dikenali sebagai "Optimus Prime" mengambil nama salah satu watak hero dalam cerita Transfomers.

Ianya kini menjadi tarikan orang ramai setiap kali treler ini berhenti di destinasi tertentu untuk program.

Malah bagi jentera dan penyokong PAS, ianya adalah satu kebanggaan apabila tereler tertulis "Jelajah Negara Berkebajikan PAS", "Undilah PAS" dan gambar-gambar pemimpin utama PAS yang dicetak pada badan treler, diarak ke segenap kawasan.
Read more ►

Sabtu, 21 Desember 2013

Maulidur Rasul 1434 Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah PPPT bersama masyarakat rai Mahabbah Rasul

0 komentar

BERKAT RABIUL AWAL 1434
BERKAT MAJLIS TUAN GURU HAJI SALLEH MUSA
di bulan Rabiul Awal 1434 lebih dari 17 tempat kami murid beliau mengikuti jelajah Tuan Guru bersama masyarakat meraikan Maulidur Rasul SAW

BERKAT MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH DARUL HADITH / PAKSI KEDAH
pada 12- 14 Rabiul Awal 1434 di Stadium Suka Menanti

Maka ALLAH anugerahkan semangat baru kepada Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah
untuk sama -sama bergerak dan bekerja untuk Rasulullah , kerja untuk kembalikan hati masyarakat kepada Rasulillah SAW .
Tuan Guru Hj Salleh Musa menamakan kumpulan Qasidah/ Marhabban  Pondok Ar Rahmaniah sebagai kumpulan AT TAZKIRAH
Persatuan Pelajar Pondok Tauhid akan turun jelajah kampung-kampung untuk menghidupkan majlis Mahabbah Rasul SAW supaya dengan usha ini moga ummah dapat dekatkan hati dengan Rasulullah dan Islam .
Kami akan bersama membantu dan menyokong teguh tenaga penggera terutamanya Syeikh Zainal Asri (Mudir Darul Hadith ) bagi menggerakkan hati ummah kepada Rasulullah

PPPT Rai Maulidur Rasul Bersama Masyarakat Kampung Part 1/13

PPPT Rai Maulidur Rasul Bersama Masyarakat kampung Part 2/13


PPPT Rai Maulidur Rasul Bersama Masyarakat Kampung Part 3/13


Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger