Rabu, 12 Februari 2014

Polis Marin Rampas 6 000 Liter Diesel Subsidi

0 komentar

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,000 liter minyak diesel subsidi yang sedang dipindahkan dari sebuah bot nelayan ke sebuah bot penunda di perairan berhampiran Bandar Leila dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata akitiviti itu dikesan oleh anggotanya ketika mereka melakukan rondaan pada jam 9.30 pagi. Juragan bot nelayan itu yang berusia lingkungan 40-an dan seorang krew bot penunda yang berusia 30-an kemudiannya ditahan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, bot nelayan itu sedang mengepam minyak diesel subsidi ke bot penunda. Sebanyak 5,500 liter minyak diesel masih berada di dalam bot nelayan itu manakala 500 liter lagi sudah dipam ke bot penunda,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA
Read more ►

Kamis, 19 Desember 2013

Subsidi diesel diseleweng

0 komentar
Mhd Yussof (kanan) melihat anggotanya menunjukkan diesel bersubsidi yang disorokkan dalam tangki sebelum dipindahkan ke lori tangki untuk dijual kepada industri.

LUKUT – Kegiatan penyelewengan subsidi diesel yang bergiat aktif di daerah ini sejak beberapa bulan lalu terbongkar dalam satu serbuan di Kawasan Perindustrian Kuala Lukut, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira 10.15 pagi itu, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas 50,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai hampir RM100,000.

Ketua Penolong Kanan Penguasa Cawangan Projek Khas Bahagian Perisikan SPRM, Mhd Yussof Zakaria berkata, tiga lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan untuk direkodkan keterangannya bagi membantu siasatan.

"Selepas mendapat maklumat awam mengenai kegiatan itu, kita bertindak melakukan risikan ke atas premis terbabit selama hampir tiga minggu sebelum serbuan dilakukan sepasukan 10 anggota dan pegawai SPRM dan KPDNKK yang mengambil masa tujuh jam untuk pemeriksaan.

“Ketika serbuan, tiga lelaki dipercayai pekerja sedang memindahkan diesel ke lori tangki untuk diagih dan dijual kepada industri,” katanya.

Menurutnya, premis berkenaan beroperasi sejak kira-kira tiga bulan dengan menggunakan alamat lesen di lokasi lain.

“Sumber minyak diesel ini dipercayai diperolehi daripada pembelian di stesyen minyak  sekitar kawasan ini termasuk Port Dickson dan bekalan diesel mula dijual kepada pemborong atau penggiat industri berlesen," katanya kepada Sinar Harian di lokasi berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman.

Mhd Yussof berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM100,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

Beliau berkata, operasi membanteras kegiatan penyelewengan subsidi diesel akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa.

“Walaupun harga minyak sudah naik, penyelewengan di kalangan sindiket terus berleluasa dipercayai akibat permintaan tinggi daripada luar negara, selain industri dalam negara," katanya.
Read more ►
 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger