Selasa, 25 Februari 2014

Azilah Dan Sirul Tinggalkan Tirai Besi


Dua anggota unit tindakan khas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar hari ini meninggalkan tirai besi tempat mereka tinggal selama tujuh tahun menghadapi perbicaraan dan rayuan.

Melalui twitter Bernama Cif Inspektor Azilah Hadri meninggalkan Penjara Kajang pada pukul 11.45 pagi tadi manakala Koperal Sirul Azhar sudah pun dibebaskan dari Penjara Tapah, demikian kata Ketua Pengarah Penjara.

Kedua-dua mereka hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lepas.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

Hakim Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.

OLEH : IBNU K


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Awo awo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger